Thursday 11 June 2009

RCK 3: Mutiara Bay - 06Jun2009


Selepas RCK-2 : Edisi Tanjung Leman pada 01~02 Mei 2009 berakhir, beberapa kawan-kawan menyatakan hendak di adakan expedisi sekali lagi.... Maka, 10~11 Julai 2009 menjadi sasaran edisi seterusnya... tapi malang sekali pada tarikh tersebut, terlalu ramai kawan-kawan yang mempunyai aktiviti masing-masing... terpaksalah tunda...
06~07 Jun 2009 menjadi tarikh baru. Asalnya nak gi "return" kat Tanjung Leman.... tapi tiada siapa sangka pada tarikh tersebut adalah cuti sekolah dan Hari Keputeraan Agong... haha... semua chalet dah penuh... pening kepala dibuatnya... Nampaknya kenalah cari chalet lain sebagai ganti...
Rombongan Cik Kiah, RCK-3 ... tetap diteruskan... Setelah melakukan pencarian dan kajian... keadaan tempat, .. keselamatan, bersih, cantik dan selesa... Maka, Mutiara Bay menjadi destinasi Rombongan Cik Kiah-3, dipanggil Rombongan Cik Kiah, RCK-3; Edisi Mutiara Bay.
Terima kasih kepada sahabat kita, Sdr. Zaidi yang banyak membantu saya dalam RCK kali ini. Dalam kebingungan mencari tempat penginapan... chalet... pada 24 Mei 2009, beliau tetap bersama saya memandu seharian ke Kota Tinggi, Batu Layar, Teluk Punggai, Teluk Ramunia, Sg. Rengit, Tanjung Kapal... makan t/hari di Sg. Rengit ... boleh tahan makanannya... sedap.
Sebelum ini, saya telah membuat pencarian sehingga ke Pantai Pasir Lanun dan sekitar Penyabong... memang bukan rezeki kami untuk ke sana... mungkin lain kali... Akhirnya, kami memilih konsep yang lebih santai... berkhemah sepenuhnya di Mutiara Bay... di mana lahirlah nama RCK-3: Edisi Mutiara Bay.

Tepat jam 1:05 pagi, 26 Mei 2009, saya membuat tempahan tapak perkhemahan. Beberapa ahli rombongan memerlukan chalet terutama yang mempunyai anak-anak yang kecil. Maklum saja la... jika anak dah buat hal... apa-apa pun tak boleh buat...
Seperti biasa, bersama Zaidi dan Azrin, kami membeli keperluan makanan dan penyediaan expedisi kali ini. Tapi, boleh pula tertinggal Kayu Arang... ni yang kena cari lagi... Malam 05 Jun 2009, kami ke Pasar Borong Pandan. Ayam, Ikan, Sayur, Pelam, Udang... buat umpan pancing... semua kami borong kat sana.
Tarikh 06 Jun 2006 pun tiba, jam 9.00 pagi bergerak ke Station Shell UTM, Zaidi dan Azrin dah tunggu. Station minyak pula tutup. Sdr Mohd Noh dan rakan-rakan telah bergerak ke Station Shell xtra Skudai.
Jam 9.47 pagi, sampai di Station Petronas Ulu Tiram... Mazlan dah tunggu.... Maaf la ye Lan, jalan jam sebelum traffic light Ulu Tiram. Cuaca terik, kami teruskan perjalanan ke Mutiara Bay... Jam 12.30 t/hari ...syukur...kami selamat tiba di Mutiara Bay...
Sampai saja, kami memasang khemah dan tempat memasak... lapar nie... masing-masing dengan kerjasama yang baik... kurang 30 minit, semua dah siap.
Makanan disiapkan segera... makan kat tepi pantai memang best.... rasa semuanya sedap... tapi, memang sedap...
Kanak-kanak macam biasalah, semuanya teruja dengan ombak yang cantik dengan pantai yang putih... cuma, panas terik menghalang hasrat terjun ke laut.

Pihak ORC mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdr Mohd Noh yang telah sudi meminjamkan peralatan karaoke. Ianya sangat menghidupkan suasana pantai yang sememangnya cukup nyaman dan permai.

Sebelum matahari melabuhkan cahaya, kami semua tidak melepaskan peluang untuk mandi laut. Kanak-kanak bermain pasir pantai. Malam memang dinantikan oleh semua... BBQ.. ayam, ikan, satay, otak-otak, ... nampaknya ramai pembakar BBQ yang berbakat ... Pak Tam dan teman-teman , Zaidi, Mazlan... semuanya tunjuk bakat...

Sarapan pagi disediakan oleh Mazlan... Kawan kita ni terpaksa balik awal ... 9 pagi kerana ada urusan lain. Apapun terima kasih kerana bersama RCK kali ini.

07 Jun 2009, jam 1.00 petang... RCK berkonvoi mengucapkan selamat tinggal kepada Mutiara Bay...

Kepada semua peserta Rombongan Cik Kiah 3: Edisi Mutiara Bay, kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama dan kesungguhan anda semua. Spoting dan cool... Jika ada expedisi lagi, kita jumpa lagi... jangan serik ye!

Kami juga berharap segala kekurangan tu... kerana ini adalah Rombongan Cik Kiah... dapatlah diterima seadanya...

Semoga kita jumpa lagi dalam RCK yang akan datang...