Sinopsisnya....
1. Diilhamkan 4 hari sebelum expedisi.
2. Perjumpaan di Bandar Baru Uda pada 22 Januari 2009.
3. Bincang pembahagian tugas dan peranan.
4. 23 Januari 2009 - beli keperluan makanan.
5. Tetapkan bayaran penyertaan - RM30 seorang.
6. 24 Januari 2009 - shopping...
7. Zul and the geng masak untuk RCK malam sebelum expedisi... nasi lemak, kacang kuda,...
8. 25 Januari 2009 - Expedisi bermula - Jumpa kat Petronas Ulu Tiram jam 9.00 pagi.
Semua peserta adalah terdiri daripada kawan-kawan yang kenal-kenal. Ada juga yang tak berapa kenal tapi akhirnya kenal selepas berakhirnya expedisi.
Pada 25 Januari 2009, jam 9.00 pagi RCK-1 berkumpul di Station Petronas Ulu Tiram.
RCK-1 diilhamkan oleh Sdra Azli dengan kerjasama teman-teman seperti Zaidi, Zulkefli, Syed Redhwan, Azman dan lain-lain. Ucapan terima kasih kepada semua peserta yang sangat komited serta berkerjasama. Lagipun, Tema expedisi "Perkhemahan, Santai dan Ringan-Ringan Fikiran".

Bersama RCK-1 termasuklah... Nor, Rina, Samsiah, Farid, Jun, Ila, ... ramai lagi...
Rina, Ruzie, Ila dan Shamsiah... terima kasih kerana jadi tukang masak masa kat sana.
Azie... terima kasih kerana masak nasi lemak untuk makan kat sana... memang lapar sangat-sangat. Kawan-kawan kata ...sedap.... Zul... terima kasih...
Pantai masa ni kurang menarik, ombak kuat dan banyak pasir... tapi mandi tetap mandi... Kanak-kanak seronok bermain layang-layang, yang dewasa... kenalah jaga kanak-kanak tersebut... hehe.
Setelah puas bermain pantai, mandi dan makan-makan..... akhirnya pada 26 Januari 2009, jam 12.30 t/hari Rombongan Cik Kiah berkonvoi balik ....
Rakaman penuh DVD boleh didapati dari Penerbit, Sdra Azli.
Jumpa lagi di RCK next episod ....