Wednesday 9 June 2010

RCK-5: Teluk Ramunia 10-11 Julai 2010 - Progress

Update Terbaru - 29 Jun 2010
ORC mengucapkan terima kasih di atas penyertaan anda semua.
Sehingga hari ini, penyertaan telah mencapai lebih daripada 25 orang tidak termasuk kanak-kanak.
Adalah amat dihargai supaya bayaran makan dan chalet (kepada sesiapa yang berkenaan) dapat dijelaskan sebelum 05 Julai 2010. Ini adalah untuk memudahkan pihak ORC untuk menyediakan sebarang keperluan.
Walaubagaimanapun, semua bayaran chalet/penginapan telah dijelaskan sepenuhnya terlebih dahulu oleh ORC bagi pihak anda.
Keperluan seperti khemah, touch-light, pancing, selimut,.... bawalah untuk keselesaan anda semua...
Semoga RCK kali ini akan membawa makna kepada kita semua....
Harus diingat.... Utamakan Keselamatan....
Sekian.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
RALAT .... RALAT .... !!!!

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, RCK yang dijadualkan pada 3 & 4 Julai 2010 ditunda ke 10 & 11 Julai 2010...

Salam Sejahtera Buat Semua...

ORC akan menganjurkan satu Expedisi ke Teluk Ramunia pada 10 ~ 11 Julai 2010. Seperti amalan lalu dan untuk memudahkan semua pihak, ORC akan menguruskan makanan, minuman dan penginapan. Walau bagaimanapun, bayaran yang dikenakan adalah untuk menampung makan dan minum untuk peserta dewasa sahaja, termasuk peralatan. Kanak-kanak biarkan sajalah mereka bergembira. Penginapan boleh menggunakan khemah sendiri atau boleh maklumkan kepada ORC untuk chalet. Kadar sewa sebuah chalet sekitar RM 100.00 kot.... Sila maklumkan segera untuk mengelakkan kehabisan chalet. Tempat sangat terhad.

Lagi satu... transport sendiri.

Karaoke disediakan. Boleh nyanyi sampai puas.
Bayaran seorang dewasa adalah RM35 sahaja. Cepat-cepat.... tempat terhad. Dijelaskan selewat-lewatnya pada 03 Julai 2010.

Tentative program:-
9 pagi - Semua berkumpul di Station Petronas Ulu Tiram
- Bertolak Ke Teluk Ramunia

11 pagi - Anggaran sampai ke destinasi


*Bagi mereka yang bekerja dan akan bertolak lewat, sila tetapkan masa berkumpul/bertolak serta tempat dan maklumkan kepada ORC. ORC akan menyediakan seorang pemandu arah untuk ke destinasi.

Adalah diingatkan bahawa ORC hanya menganjurkan aktiviti rekreasi dan riadah, segala perkara lain adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri.

Maka, UtamaKan Keselamatan....

Sila hantar nama anda dan no. tel sekali untuk pengesahan penyertaan ke e-mail facebook berikut ...
Open Orc
dan juga sebarang pertanyaan. Juga boleh hubungi
019 7360116 (Zack).

Borang Penyertaan/Pengesahan hendaklah diserahkan sebelum 01 Julai 2010.


Sekian dan selamat beriadah....

ORC