Friday 30 January 2009

RCK 1: Air Papan Mersing - 25Jan2009

OPEN Recreation Club (ORC) melalui kawan-kawan mengadakan satu Expedisi....
Expedisi ke Air Papan Mersing pada 25 Januari 2009 lebih mesra dengan nama "Rombongan Cik Kiah".

Sinopsisnya....



1. Diilhamkan 4 hari sebelum expedisi.
2. Perjumpaan di Bandar Baru Uda pada 22 Januari 2009.
3. Bincang pembahagian tugas dan peranan.
4. 23 Januari 2009 - beli keperluan makanan.
5. Tetapkan bayaran penyertaan - RM30 seorang.
6. 24 Januari 2009 - shopping...
7. Zul and the geng masak untuk RCK malam sebelum expedisi... nasi lemak, kacang kuda,...
8. 25 Januari 2009 - Expedisi bermula - Jumpa kat Petronas Ulu Tiram jam 9.00 pagi.


Semua peserta adalah terdiri daripada kawan-kawan yang kenal-kenal. Ada juga yang tak berapa kenal tapi akhirnya kenal selepas berakhirnya expedisi.

Walaupun diusulkan agak lewat, 4 hari sebelum expedisi, tetapi RCK-1 telah berjaya menarik 10 buah kenderaan dengan kira-kira 30 penyertaan.

Pada 25 Januari 2009, jam 9.00 pagi RCK-1 berkumpul di Station Petronas Ulu Tiram.

RCK-1 diilhamkan oleh Sdra Azli dengan kerjasama teman-teman seperti Zaidi, Zulkefli, Syed Redhwan, Azman dan lain-lain. Ucapan terima kasih kepada semua peserta yang sangat komited serta berkerjasama. Lagipun, Tema expedisi "Perkhemahan, Santai dan Ringan-Ringan Fikiran".

Azman dengan peralatan karaoke nya. Zaidi dengan dapur dan tong gasnya. Saya hanya mampu sediakan kanvas khemah dan pembakar satay.


Collection RM30 rasanya berbaloi dengan kemudahan penginapan dan makanan. Betul tak? Sekurang-kurangnya kita semua tak perlu beratur untuk mandi atau ambil air.

Kita ada satay, ayam bakar, mee-hoon, Kapal api, teh, sandwich, sup ayam.... macam-macam lagi la... siap ada lebihan lagi.


Bersama RCK-1 termasuklah... Nor, Rina, Samsiah, Farid, Jun, Ila, ... ramai lagi...


Rina, Ruzie, Ila dan Shamsiah... terima kasih kerana jadi tukang masak masa kat sana.

Azie... terima kasih kerana masak nasi lemak untuk makan kat sana... memang lapar sangat-sangat. Kawan-kawan kata ...sedap.... Zul... terima kasih...

Pantai masa ni kurang menarik, ombak kuat dan banyak pasir... tapi mandi tetap mandi... Kanak-kanak seronok bermain layang-layang, yang dewasa... kenalah jaga kanak-kanak tersebut... hehe.

Alan, Nor, Ila dan Sidek antara yang menikmati ombak bersama pasir . . .

Setelah puas bermain pantai, mandi dan makan-makan..... akhirnya pada 26 Januari 2009, jam 12.30 t/hari Rombongan Cik Kiah berkonvoi balik ....

Rakaman penuh DVD boleh didapati dari Penerbit, Sdra Azli.

Jumpa lagi di RCK next episod ....