Tuesday 19 May 2009

RCK 2: Tanjung Leman - 01Mei2009


Rombongan Cik Kiah - 2 kembali lagi .... Satu lagi acara hasil usaha kawan-kawan bersama OPEN Recreation Club...ORC...

Kali ini pada 01 Mei 2009 sempena Hari Pekerja, RCK-2 membuat expedisi ke Tanjung Leman, Johor.
Penyertaan tak berapa memberangsangkan, tambahan pula masa ini ramai kawan-kawan belum 'banjir' lagi.... tapi expedisi tetap diteruskan. Apapun, kita dapat kumpul 20 penyertaan. OK lah tu...

Terima kasih kepada Sdra Azli, Ruzie dan Sdra Zaidi yang begitu berusaha untuk memastikan expedisi berjalan dengan sempurna.

Malam sebelum expedisi... Azli, Zaidi, Azrin dan saya sendiri berlumus-tungkus membersihkan ayam... nak buat bekalan ke Tanjung Leman. Esok pagi nak perap dengan perencah satay.

200 cucuk satay daging juga sudah ditempah.

Cerita pasal nak perap ni... pasal tu la jadi lambat sampai ke Station Petronas Ulu Tiram. Memang tak ada rezeki, ada road-block pula kat Tample sebelum Jembatan JPJ tu...

Seperti biasa, pada 29 dan 30 April 2009 adalah masa shopping: kayu arang, pinggan-mangkuk, air mineral, sudu, perencah, minyak tanah, beras, minyak masak, sayur, ... dan banyak lagi.... kali ini beli kat Giants U-Mall, Taman U. Itupun ada orang sesat... satu team pergi ke Giants Tampoi dan lagi satu pergi ke Giants U-Mall....

RCK-2 kali ini ada member baru: Mazlan, Suhaila, Azrin, Noi, Bai, Zana, Jimmy dan Siew Chin, . .

Kawan-kawan lama (RCK-1) ramai juga yang tak dapat join... tapi kawan-kawan yang lain tetap setia bersama... Farid, Shamsiah, Alan, Sidek, ...

Sidek kali ini bertindak selaku Penerbit..

01 Mei 2009, Rombongan berkumpul seperti biasa di Station Petronas Ulu Tiram, jadi trend titik pertemuan RCK, pada jam 8.00 pagi. Orang yang paling awal sampai ialah Jimmy.... respect bro! Jam 9.00 pagi mula expedisi.

Dalam perjalanan, kereta Mazlan menghadapi masalah brake... tapi tidak serius. RCK-2 meneruskan perjalanan. Jam 11:50 pagi sampai ke destinasi.... Tunjuk Laut Beach Resort.


Wow... pantainya memang cantik, laut yang jernih dan pasir yang putih dan landai. Sesuai untuk berkhemah dan mandi-manda. Di kawasan berhampiran, ramai pangunjung lain.... maklumlah hari cuti umum. Oleh kerana chalet check-in jam 2 petang, RCK-2 dah macam anak ayam kehilangan ibu. ... bersepah sana-sini.

Selepas dapat kunci chalet 10A & 10B, ... mulalah kita orang pasang khemah dan buat persiapan malam. Tempat bakar BBQ, khemah, bekalan makanan,... semua disiapkan.



Oleh sebab masalah yang tidak dapat dielakkan, Azman tidak dapat hadir bersama. Sekali gus, bermakna tiada karaoke untuk RCK kali ini. Nampaknya kita orang mengharungi malam yang begitu membosankan....

Saya, Mazlan dan Azrin pergi memancing.... hanya Mazlan yang dapat.... nak return ni...!!!

02 Mei 2009, jam 01:00 petang, RCK-2 akhirnya mengadakan konvoi balik... singgah sebentar di Tenggaroh 12... hantar periuk, kuali dan cerek...
Rakaman penuh DVD Edisi Tanjung Leman dijangka boleh didapati pada 15 Mei 2009.

Buat semua peserta RCK-2, terima kasih dan jumpa lagi...

Semoga aktiviti begini akan berterusan . . .