Saturday 15 August 2009

Warna-Warna Kereta - Kancil 660

Kali ini, beberapa ahli ORC cuba membiasakan diri dengan warna-warna untuk kereta masing-masing. Ada yang merah, ada yang putih, ada juga yang silver, dan ada juga yang biru laut. Apapun, mengikut kesukaan sendiri....

Warna-Warna Kereta merupakan aktiviti di mana ahli ORC menukar warna cat kereta masing-masing. Cuma bezanya, ahli-ahli sendiri yang mengecat kereta. Bukan hantar ke kedai mengecat. Mencabar nie.... yang menariknya, ahli-ahli ni tak pernah mengecat kereta.... tak tau apa nak jadi nanti...

Azrin telah membeli sebuah compressor, paint spray dan bermacam-macam lagi keperluan mengecat. Boleh dikatakan semuanya dah lengkap...cuma pengalaman masih "0".

Maka bermulalah aktiviti ini dengan menggunakan sebuah Kancil 660. Untung ada kereta dijadikan mangsa sebagai experiment. Pada mulanya, bonet depan dibeli dengan harga RM50. Itulah tempat untuk test.

Kami memanggil En. Zaidi untuk turut serta. Ternyata beliau tidak menghampakan, kepakaran beliau menggunakan spray terbukti jauh lebih baik dari kami. Hasilnya, bonet tersebut siap dengan warna Jet Black diselaputi dengan 'liker' 2K.

En. Zaidi turut menyediakan 'liker' 2K dan paint spray.

Pada 15 Ogos 2009, Kancil 660 telah menjadi mangsa kami. Warna dan 'liker' lama kami buang. Licinkan dan ratakan menggunakan simen. Esoknya baru nak sembur primer undercoat.

Perjalanan sebuah Kancil 660 ....
Proses membuang 'liker' lama dan menampal bahagian yang kemek...



Bahagian yang tidak perlu dicat perlu ditutup...





Proses Undercoating



Selepas mengecat (merah - AM50), 'liker 2K' disembur...





Final photo tak sempat nak capture, tuan punya kancil dah bawa ambil dulu. But, don't worry, there will be the photo of new skin of Kancil 660 to be updated soon.

Sedikit perkongsian yang dapat kami berikan, buatlah sesuatu itu dengan sempurna, walaupun ianya suatu yang sangat kecil, ketidaksempurnaan akan terjelas nyata pada akhirnya.

Terima kasih kepada En. Azrin dan En. Zaidi.

Next car is . . . tunggu dan lihat...

Kepada ahli yang berminat nak touch-up, you are welcome.

" Proudly Live With ORC "