Tuesday 13 July 2010

RCK-5: Melissa Beach Resort - 10~11 Julai 2010

Sebulan merancang dan akhirnya pada 10 Julai 2010 Rombongan Cik Kiah 5 (RCK-5) berjaya mengumpulkan seramai 27 penyertaan dari pelbagai destinasi. Pihak Urusetia ORC memohon maaf kepada semua peserta kali ini di atas kelewatan atas sebab-sebab teknikal.





Tepat jam 11:00 pagi, Stesen Petronas Ulu Tiram menyaksikan konvoi RCK-5 menderu menuju destinasi ... Melissa Beach Resort, Telok Ramunia.

Hampir 2 jam perjalanan, konvoi RCK-5 tiba ke destinasi. Sebanyak 8 buah kenderaan dengan tenang dan perlahan memasuki kawasan resort yang sememangnya ditempah sepenuhnya oleh ORC. Hanya ahli-ahli RCK-5 sahaja yang berada dalam resort selama 2 hari 1 malam ini.





Setiba sahaja, bekalan nasi lemak bersalut daun pisang dan mee hoon goreng menjadi santapan. Peralatan karaoke ala2 majlis kahwin disediakan oleh Azrin. Sementara menunggu peralatan dan penyediaan makanan ... ayam bakar, satay, ikan bakar, . . . peserta tidak melepaskan peluang mandi-mandi dan santai-santai di tepian pantai.





Lewat petang, ayam berempah dibakar untuk hidangan . . . Jack dengan kipasan nya telah berjaya meruntuhkan tempat membakar. . . Zaidi terpaksa menyediakan tempat yang lebih kukuh dengan bantuan En Fauzi, Farid dan Mazlan. Setelah arang menjadi bara, gadis-gadis manis menunjukkan bakat membakar ayam dan satay . . . siap terbakar sataynya.... haha. . .




Jam 10.00 malam, giliran para pencinta ikan memancing . . . hanya ikan-ikan gelama yang berjaya didaratkan . . . seekor ikan pari tembikar berjaya dijinakkan oleh Mazlan . . . Jam 2.00 pagi . . . masa untuk berehat . . . Azrin dan Mazlan sempat menonton World Cup Afrika Selatan 2010 antara Germany dan Uruguay (Tempat ke-3). Germany menang 3-2.

11 Julai 2010
7:00 pagi : Mega-mega mentari menembusi khemah dan celah-celah dedahan pokok . . . sangat indah ciptaan Allah swt. Peserta mula keluar dari chalet dan khemah . . . Irama lagu pagi dari sistem karaoke dimainkan untuk menambahkan mood... Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh semua peserta untuk mandi di pantai dan pemancing juga meneruskan aktiviti mereka.
Sarapan disediakan memang menyelerakan dangan mee hoon goreng, ikan bakar, pari bakar . . .






Setelah mengemaskan semua peralatan dan membersihkan kawasan resort... maka RCK-5 melabuhkan tirai aktiviti pada jam 1:00 t/hari. Perjalanan konvoi menjadi teras dengan keselamatan diutamakan.

Kepada semua peserta RCK-5: Melissa Beach Resort, pihak ORC mengucapkan jutaan terima kasih kerana bersama dalam aktiviti sempoi ini. Harapan kami agar semua rileks, enjoy dan happy . . . memang tujuannya adalah untuk santai-santai, ringan-ringan fikiran dan makan-makan...
Sekiranya terdapat kekurangan dan ketidakselesaan... pihak ORC memohon maaf. ORC hanya berusaha untuk membuat yang terbaik dalam suasana yang semua orang mampu . . .

Segala komen dan idea-idea membina... komen anda semua amat-amat dihargai untuk menambahbaikkan lagi untuk aktiviti yang akan datang.

Foto-foto selebihnya . . .








Jika nak foto-foto ini, copy je. Terdapat lebih banyak lagi dalam Video berbentuk DVD yang akan disiapkan tidak lama lagi. Sesiapa yang berminat, sila berikan nama dalam ruangan komen di bawah atau hantarkan message dalam facebook, Open ORC.

Sekian dan semoga jumpa lagi di aktiviti akan datang . . .

Open Recreation Club

No comments:

Post a Comment